Rabu, 02 April 2014

Permasalahan pada Lengkungan

Bedasarkan penelitian 87% daripada mereka yang mengalami masalah komplikasi kaki yang kronik, mempunyai lengkungan kaki yang tidak sejajar dan masalah struktur tulang. Kita tidak sedar betapa bahayanya struktur lengkungan kaki yang tidak sejajar, terutama sekali apabila mengalami diasimtomatik atau ketika kita masih muda. Jika bertahun-tahun lamanya kita tidak peduli serta menyadarinya, maka dapat menyebabkan terjadinya masalah kesehatan.

High ARCH


Disebut juga "pes cavus", di mana bentuk lengkungannya amat jelas kelihatan berlekuk. Seseorang yang mempunyai lengkungan tinggi biasanya akan mempunyai pemutaran daya luaran yang tidak normal. Tekanan dari berat badan mereka lebih tertumpu di bahagian luar kaki mereka, manakala bahagian tumit yang dikenali sebagai ‘calcaneal’ akan tercondong atau masuk ke dalam.

Penyebab High Arch (Lengkungan Tinggi):
Diwariskan secara genetik
Lekuk antara tumit dan jari kaki meningkat akibat dari ligamen yang ketat pada bahagian tengah tapak kaki atau kecacatan rangka tulang.

Tanda-tanda Lengkungan Tinggi 

Kaki mereka terpaksa menahan tekanan yang hebat manakala daya tekanan yang digunakan lebih tertumpu pada tumit dan telapak kaki. Oleh itu, mereka biasanya akan berjalan berbentuk V.

Justru itu, mereka lebih sering untuk mengalami masalah kaki seperti sakit tumit, tulang paku, keradangan pada ligamen, plantar faciitis dan sebagainya.

Selain dari itu, mereka juga akan mengalami masalah sakit sendi lutut, lekukan tulang belakang serta bahu tidak rata. Ini adalah kerana menggunakan cara jalan yang tidak betul. Dari penampilan seseorang, ia tidak sukar untuk melihat bahawa mereka mempunyai masalah bungkuk dan juga perut buncit.

Lengkungan Datar / FLAT FOOT 



Lengkungan datar atau juga dikenali sebagai ‘platypodia’, adalah satu bentuk kaki dimana ia mempunyai ciri-ciri lengkungan tengah kaki yang membujur dan mendatar (bahagian dalam lengkungan kaki). Ini akan menyebabkan pemutaran daya dalaman yang berlebihan (daya pergerakan berlebihan) untuk mengekalkan kestabilan seseorang. Oleh itu, tekanan dari berat badan seseorang yang mempunyai lengkungan datar lebih tertumpu pada bahagian dalam kaki mereka.

Penyebab Lengkungan Datar:
Dimiliki sejak lahir
Penggunaan yang berlebihan atau ligamen koyak (kecederaan ketika bersukan)
Otot menjadi lemah akibat dari kesakitan yang berpanjangan
Keadaan yang sangat gemuk

Tanda-tanda Lengkungan Datar:

Mereka sentiasa mengalami ketidaknyamanan pada tumit, betis, dan lutut yang disebabkan oleh kurang sokongan pada lengkungan kaki serta daya pemutaran yang berlebihan dan tekanan yang diberikan pada kaki adalah tidak seimbang. Manakala, daya ketegangan yang berbeda pada ligamen akan menyebabkan sendi lutut melengkuk kedalam dan seterusnya menyebabkan terhasilnya lutut berbentuk X dan juga pinggang yang tidak seimbang. Oleh kerana itu, sendi pada paha dan pinggang menjadi tidak rata dan bahagian bawah tulang belakang pula ditarik ke bawah sehingga menyebabkan masalah tulang belakang melengkung dan juga bahu yang tidak serata.

Seseorang yang mempunyai lengkungan datar sering mengeluh kesulitan untuk berjalan jauh. Kaki mereka mudah mendapat keradangan dan kesakitan apabila menggunanya secara berlebihan (tidak dapat berjalan jauh dan tidak dapat berdiri lama).

Bagaimana untuk memperbaikinya:
- Mengubah cara berjalan yang dipengaruhi oleh kaki yang bermasalah
- Memperbaiki masalah kesehatan yang berkaitan dengan masalah kaki, contoh: sakit di bagian kaki, lutut, pinggang, bahu dll.
- Cara berjalan ketika memakai pembetulan lengkungan kaki tidak hanya membetulkan sudut pada sendi-sendi, ia juga dapat seterusnya mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar